Wednesday, September 19, 2007
ku ingat ku dapat bertahan tanpa kehadiranmu. tapi nampaknya aku separuh berjaya, separuh gagal. meskipun aku mampu menjalani kehidupanku seperti biasa, aku mampu tersenyum, ketawa, buat lawak, melaksanakan tugasan-tugasanku, acap kali kau selalu di ingatan.
aku terkenang wajahmu, senyumanmu, saat-saat manis yang pernah ku lalui bersamamu. ku terkenang suaramu, mengungkapkan kata-kata yang dapat menenangkanku dan membuatku berfikir tentang perkara-perkara di dalam hidupku. pada masa yang sama aku juga teringatkan kau dengannya. entah berapa kali aku pernah lihat kau bersama dengannya. aku tak dapat nafikan, sedikit terguris hati ini - tapi aku merelakannya kerana aku ingin melihat kau bahagia, tidak kira dengan siapa.
aku tetap menanti kepulanganmu, kerana aku masih menyayangimu meskipun aku telah cuba untuk melupakanmu.
12:03 am