Wednesday, September 12, 2007
kepada seluruh umat Islam di Singapura dan di mana-mana pelosok dunia:Selamat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. jangan puasa yuk-yuk tau. dan bagi mereka-mereka yang TERminum air lepas PE tu kan.... jangan asyik TERminum aje.. batal puasa. dan lagi satu hal, jangan terikut-ikut pulak cerita Bubur Masjid Air Katirah.. telinga kena piat, baru tahu.. mwahaha..
sebagai menyambut kehadiran bulan suci ini, di sini saya titipkan lirik sebuah lagu daripada Ramli Sarip (saya tidak akan menaikmuatkan recording nyanyian saya kerana kalau saya buat macam gitu, Singapura akan ditimbuni salji) :
Ramadhan oleh Ramli SaripNaluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua
Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam
Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku
Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu
11:11 pm